HONG KONG, 16 Okt – Anastasia Pavlyuchenkova bangkit dari belakang untuk memenangi perlawanan akhir Terbuka Hong Kong dengan 5-7, 6-3, 7-6 (7/3) ke atas Daria Gavrilova awal pagi tadi.
Ia adalah tiga minit selepas pukul satu pagi (1703 GMT) apabila pemain pilihan keenam, Pavlyuchenkova menyudahkan mata penamat ketiganya.
Ia memastikan pemain nombor 21 dunia itu untuk dalam laluan kemenangan selepas 3 jam 11 minit menentang pesaingnya dari Australia yang diselang-seli dengan penangguhan akibat hujan.
Hampir sejam sebelumnya pemain dari Rusia itu melepaskan dua mata kejuaraan pada kedudukan 5-4 dengan servisnya untuk menyaksikan satu lagi hujan lebat menyaksikan kedua pemain terpaksa berteduh.
Dan Pavlyuchenkova hanya menyalahkan dirinya kerana tidak menyelesaikan tugasan lebih awal selepas mendahului 3-0 apabila perlawanan sebenarnya bermula pada 9:18 malam selepas penangguhan hampir lima jam.
Dia gagal untuk melakukan servis bagi set pertama pada kedudukan 5-3 selepas menguasai hampir sepanjang perlawanan dan menyaksikan pemain nombor 22 dunia, Gavrilova mendahului 7-5 dengan tiga permainan tanpa balas.
“Saya hanya merasa gembira untuk menamatkan perlawanan ini dalam kedudukan yang sukar,” kata Pavlyuchenkova selepas dihadiahkan trofi.
Set kedua hampir sama dengan yang pertama tetapi kali ini pemain dari Rusia itu berjaya untuk menahan rasa gentar pada kedudukan 5-3 dan mengheretnya ke kedudukan penentuan menentang pemain pilihan ke-tujuh.
Tetapi kedua pemain berpeluang pada set ketiga tetapi mereka menemui kebuntuan kerana mula terasa keletihan dan jam berdetik melepasi tengah malam.
Pavlyuchenkova kemudian memecahkan kebuntuan dengan kedudukan 5-4 tetapi sekali lagi gagal untuk menamatkan dengan servisnya.
Selepas penangguhan selama 40 minit kerana hujan keduanya berbalas-balas servis dan perlawanan kemudian menuju ke ‘tiebreak’ penentuan. – AFP