Pawagam AS dibuka semula musim panas

NEW YORK, 28 APRIL – Pawagam besar di Amerika Syarikat (AS) tidak merancang dibuka semula sehingga musim panas, meskipun negeri Georgia membenarkan panggung wayang meneruskan tayangan semalam, dan Texas merancang menyusuli langkah tersebut.

Peraturan operasi baharu di Georgia mewajibkan pawagam menyebarkan kumpulan penonton sekurang-kurangnya enam kaki di antara satu sama lain dan membersihkan tempat duduk selepas setiap tayangan.

Di Texas, yang merancang membuka semula pawagam dalam masa empat hari, gabenor Greg Abbott telah menetapkan had kapasiti 25 peratus untuk setiap pawagam individu.

Ketika satu pembentangan kepada pelabur pada pertengahan April, rantaian pawagam ketiga terbesar AS Cinemark, berkata had kapasitinya adalah antara 20 dan 30 peratus, mendapati rantaian ‘boleh beroperasi secara menguntungkan sementara mengekalkan penjarakan sosial.”

Dalam pembentangan yang sama, CEO Cinemark Mark Zoradi berkata rantaian berhasrat dibuka semula pada akhir Julai.

Matlamat utama Cinemark adalah memastikan langkah untuk mengelak penularan COVID-19 terus dilaksanakan, sementara juga menunggu pengeluaran filem besar untuk menggalak orang awam kembali semula ke pawagam. – AFP