Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paylesser pacu perniagaan lebih AS$700,000

    KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Mac – Platform tawaran global ‘Paylesser’ telah memacukan perniagaan bernilai lebih AS$700,000 dari segi nilai jualan bagi peniaga-peniaga utama Malaysia sepanjang enam bulan yang lalu.

    Paylesser telah dilancarkan pada tahun 2010 di bawah kepimpinan L. D. Sharma, dengan satu visi untuk memberikan tawaran dan kupon yang terbaik kepada pelanggan.

    Ia kini boleh didapati di 13 buah negara di seluruh dunia dengan kehadiran yang kukuh di Asia Tenggara.

    Dalam data trafik laman web setengah tahun yang diterbitkan baru-baru ini (September 2016 hingga Februari 2017), syarikat itu telah mendedahkan trend membeli-belah dalam talian di Malaysia.

    Menurut perangkaan itu, membeli-belah dalam talian sedang berkembang pesat dan ekonomi Malaysia adalah merupakan tempat pasaran dalam talian yang paling pesat berkembang pada hari ini.

    Daripada 250,000 pengunjung di Paylesser Malaysia, 21 peratus daripada pelanggan tergolong dalam peringkat umur 18 hingga 24 tahun, 49 peratus dalam peringkat umur 25 hingga 34 tahun dan 17 peratus dalam peringkat umur 35 hingga 44 tahun.

    Pangkalan pengguna Paylesser terdiri daripada 50.35 peratus lelaki dan 49.65 peratus wanita semasa tempoh kajian itu. Google Chrome merupakan pelayar yang paling banyak digunakan untuk kesemua pembelian Paylesser – 64 peratus sebagai statistik yang tepat, dengan 18 peratus pengunjung menggunakan Safari, 6 peratus menggunakan Firefox dan 12 peratus menggunakan pelayar lain.

    Membeli-belah secara mudah alih kini menjadi lebih popular seperti yang terbukti daripada fakta bahawa 55 peratus daripada jumlah pelawat menggunakan telefon pintar, 38 peratus memilih komputer dan tujuh peratus daripada mereka menggunakan tablet untuk melayari laman web Paylesser Malaysia.

    Pelawat mudah alih dibahagikan seterusnya kepada 68 peratus pengguna Android, diikuti oleh iOS (30 peratus) dan Windows sebanyak dua peratus.

    Malaysia adalah di antara ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia dan ia mempunyai sebuah sistem eko e-dagang yang bertenaga. Sebagai sebuah pembekal terkemuka bagi kupon dan tawaran di peringkat global, Paylesser akan juga menyediakan peluang penjimatan yang terbaik untuk semua pembeli dalam talian di Malaysia, kata Suneet Manchanda, Ketua Pegawai Eksekutif Paylesser. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda