Payne ke Bangkok tangani isu Qunun

BANGKOK, 10 Jan – Menteri Luar Australia, Marise Payne bertemu dengan rakan sejawatannya di Thailand hari ini, ketika negaranya kelihatannya mahu menawarkan suaka kepada seorang remaja perempuan Arab Saudi yang melarikan diri dari keluarganya ke Thailand dalam satu drama yang tersiar di Twitter.

Usaha Rahaf Mohammed al-Qunun melarikan diri dari negara konservatif itu telah menjadi sumber perdebatan kumpulan-kumpulan hak asasi kemanusiaan sejak remaja berusia 18 tahun itu mendarat di Bangkok dari Kuwait hujung minggu lalu.

Lawatan berjadual Payne hadir selepas Canberra memberikan petanda jelas bahawa ia mungkin menerima Qunun.

Australia semalam berkata UNHCR telah menilai kesnya dan menyenaraikannya sebagai pelarian sah.

Qunun menuduh keluarganya menganiaya, sementara kumpulan-kumpulan hak asasi juga berkata dia meninggalkan Islam, berdepan risiko dakwaan di Arab Saudi. – AFP

Marise Payne ketika bercakap kepada media mengenai kes pemain bola sepak, Hakeem al-Araibi dan remaja Arab Saudi, Rahaf Mohammed al-Qunun di kedutaan Australia di Bangkok. – AFP