Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Paypal akan kurangkan 2,000 tenaga kerja

    SAN JOSE, 1 FEB – PayPal kelmarin berkata ia akan mengurangkan kira-kira 7 peratus daripada jumlah tenaga kerjanya, atau kira-kira 2,000 pekerja sepenuh masa, kerana syarikat pembayaran digital itu bersaing dengan apa yang dipanggil ‘persekitaran makro-ekonomi yang mencabar’.

    PayPal berkata ia akan membuat pengurangan selama beberapa minggu, dengan beberapa organisasinya terjejas lebih daripada yang lain.

    Namun syarikat itu tidak menyatakan dengan lebih lanjut. PayPal merupakan syarikat induk kepada Venmo, Xoom dan Honey, selain jenama lain.

    Syarikat yang berpangkalan di San Jose, California itu adalah sektor teknologi yang terkini mengumumkan untuk mengurangkan bilangan pekerjanya. Sepanjang bulan Januari sahaja, Google, Microsoft dan Salesforce mengumumkan puluhan ribu orang yang dihentikan bekerja.

    Pelabur aktivis musim panas lalu, Elliott Management membeli pegangan yang bernilai kira-kira AS$2 bilion dalam PayPal, yang mengatakan ia telah memeterai ‘perjanjian perkongsian maklumat’ dengan Elliott ‘untuk meneruskan kerjasama merentasi pelbagai peluang penciptaan nilai’.

    “Sepanjang tahun lalu, kami mencapai kemajuan yang ketara bagi mengukuhkan dan membentuk semula syarikat kami untuk menangani persekitaran makro-ekonomi yang mencabar sambil terus melabur untuk memenuhi keperluan pelanggan kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PayPal, Dan Schulman dalam satu kenyataan kelmarin.

    “Walaupun kami telah mencapai kemajuan yang besar dalam saiz struktur kos kami yang betul, dan menumpukan sumber kami pada keutamaan strategik teras kami, kami mempunyai lebih banyak kerja untuk dilakukan.”

    PayPal Holdings Inc dijadualkan akan melaporkan keputusan suku tahunan pada 9 Februari.

    Saham syarikat itu merosot kira-kira 53 peratus pada tahun lalu dan meningkat 2.3 peratus pada AS$81.49 kelmarin. – AFP

    Gambar fail menunjukkan papan tanda di luar ibu pejabat PayPal di California. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...