Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    PB akan sertai Ekspo Maya Pengajian Tinggi

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Politeknik Brunei (PB) akan menyertai Ekspo Maya Pengajian Tinggi 2022 anjuran Kementerian Pendidikan buat kali ke-7 tahun ini yang akan berlangsung pada 5 hingga 11 Februari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan PB, hari ini, ekspo dalam talian sebagai alternatif kepada ekspo bersemuka itu bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai berinteraksi menerusi sembang langsung dan persidangan video, dengan para tenaga pengajar dan kakitangan PB, sambil mematuhi garis panduan COVID-19 Kementerian Kesihatan.

    PB akan menawarkan pelbagai program di bawah Sekolah Perniagaan (SBS), Sekolah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (SICT), Sekolah Sains Kesihatan (SHS), Sekolah Sains dan Kejuruteraan (SSE), dan Sekolah Petrokimia (SPC).

    Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menyertai ekspo tersebut boleh membuat pendaftaran secara dalam talian melalui portal Ekspo Pengajian Tinggi di https://heexpo.moe.gov.bn mulai 9 pagi, 5 Februari.

    Pelbagai program ditawarkan di PB. – Gambar serahan PB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...