Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    PB anjur hari terbuka secara maya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Sebanyak 26 buah program Diploma Tahap Lima ditawarkan Politeknik Brunei (PB) sempena Hari Terbuka PB 2022 bagi pelajar-pelajar baharu dalam sesi pengambilan Julai yang akan diadakan secara maya pada 12 Februari nanti.

    Menurut kenyataan yang diberikan hari ini, program-program yang ditawarkan oleh lima buah sekolah dari PB pada tahun ini akan diadakan dalam dua sesi iaitu sebelah pagi dan petang secara maya.

    Di antara sekolah-sekolah yang terlibat di bawah PB ialah Sekolah Perdagangan; Sekolah ICT; Sekolah Sains dan Keju-ruteraan; Sekolah Sains Kesihatan dan Sekolah Petrokimia.

    Hari terbuka itu bertujuan memberikan peluang kepada orang ramai khususnya kepada pelajar-pelajar lepasan peringkat O untuk mengetahui lebih lanjut dan mengenali secara dekat program-program dan aktiviti-aktiviti yang ditawarkan seterusnya berinteraksi dengan tenaga-tenaga pengajar dan pegawai-pegawai PB bagi memohon untuk mengikuti program-program Diploma Tahap Lima yang ditawarkan di PB.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...