PB anjur hari terbuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Politeknik Brunei (PB) akan menganjurkan Hari Terbuka pada 24 dan 25 Februari ini di kampusnya.

Menurut kenyataan dikeluarkan PB di sini hari ini, hari terbuka ini memberi peluang kepada orang awam memperoleh maklumat mengenai program diploma Peringkat 5 yang ditawarkan PB untuk kemasukan pada Julai 2021 akan datang.

Maklumat mengenai program di bawah Sekolah Perniagaan, Sekolah ICT, Sekolah Sains Kesihatan boleh diperoleh dari PB (Kampus Utama) pada 24 Februari, manakala maklumat mengenai program di bawah Sekolah Sains dan Kejuruteraan boleh diperoleh dari PB (Kampus Lumut). Selain itu, orang ramai juga dialu-alukan untuk mengunjungi petak yang didirikan PB Brunei dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.

Sejajar dengan pematuhan operasi standard yang ditetapkan, semua pelawat diwajibkan mematuhi garis panduan seperti memeriksa suhu badan sebelum memasuki kampus, imbas kod BruHealth, amalkan penjarakan fizikal sepanjang masa dan setiap pertemuan dihadkan kepada 15 minit.