Thursday, June 8, 2023
33.6 C
Brunei

    -

    PB, Hengyi meterai MoU

    Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Politeknik Brunei (PB) dan Hengyi Industries Sdn Bhd (Hengyi), kelmarin telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam menawarkan tujuh program diploma Tahap 5 di dengan majlis penandatanganan berlangsung di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Brunei.

    Inisiatif di bawah Majlis Perancangan Tenaga Kerja dan Pekerjaan (MPEC) itu bermatlamat untuk memenuhi keperluan pembangunan sumber manusia bagi fasa kedua projek Pulau Muara Besar Hengyi dan bagi mencapai Wawasan Brunei 2035.

    Pemangku Pengarah PB, Lim Kian Boon berkata, “PB kini menawarkan lima program diploma Tahap 5 baharu dengan kerjasama Hengyi menerusi Sistem Kemasukan Berpusat Pengajian Tinggi (HECAS) iaitu Diploma Tahap 5 dalam Teknologi Loji Tenaga Terma, Diploma Tahap 5 dalam Teknologi Penyimpanan dan Pengangkutan, Diploma Tahap 5 dalam Teknologi Loji Kuasa dan Sistem Kuasa, Diploma Tahap 5 dalam Tekno-logi Peralatan Kimia dan Diploma Tahap 5 dalam Teknologi Rawatan Air.”

    Tujuh program telah dirancang dan dibincangkan dengan teliti oleh PB dan Hengyi. Ia juga direka untuk disesuaikan dengan modul teras dan penting yang diajar oleh Hengyi dan dibantu oleh Kolej Lanzhou Petrochemical Polytechnic (LPP) di China.

    Program-program diploma Tahap 5 berkenaan, kelayakan yang sebanding dengan Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dan diiktiraf oleh Majlis Akreditasi Kebangsaan Brunei Darussalam (BDNAC), akan membawa pelajar melalui dua tahun pengajian akademik bersama PB dan LPP serta setahun penempatan industri bersama Hengyi di Pulau Muara Besar.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Tenaga, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong telah hadir menyaksikan penandatanganan MoU berkenaan antara PB dan Hengyi seterusnya juga melihat lebih dekat petak pameran mengenai dua program iaitu Diploma Tahap 5 dalam Teknologi Makmal dan Diploma Tahap 5 dalam Kejuruteraan Kimia yang telah bermula pada Julai 2020 dan Januari 2021.

    Sebagai sebahagian daripada MoU itu, Hengyi memberikan surat tawaran bersyarat kepada 85 orang pelajar di bawah Diploma Tahap 5 dalam Teknologi Makmal dan Diploma Tahap 5 dalam Kejuruteraan Kimia, yang akan memberikan peluang pekerjaan kepada mereka bersama Hengyi sebaik menamatkan pengajian.

    Lim berkata, PB dan Hengyi merancang untuk menubuhkan Sekolah Petrokimia yang akan menyerap tujuh program berkenaan.

    Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua; Yang Berhormat Menteri Tenaga; Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan duta desar istimewa dan mutlak Republik Rakyat China ke Brunei Darussalam, menyaksikan penandatanganan MoU antara PB dan Hengyi.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -