Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    PB, IMechE BruG meterai MoU

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Politeknik Brunei (PB) dan The Institution of Mechanical Engineers Brunei Group (IMechE BruG) hari ini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang diadakan secara maya.

    Majlis penandatanganan bagi PB telah dilangsungkan di Tingkat 9, PB, Kampus Utama, Jalan Ong Sum Ping manakala bagi pihak IMechE BruG, majlis diadakan di Regional Consultants, Unit 27, Aras Bawah, Kompleks BT, Berakas.

    MoU tersebut telah ditandatangani oleh Pemangku Pengarah PB, Lim Kian Boon bagi mewakili PB dan Pengerusi Kehormat IMechE BruG, Ir Haji Hamidon bin Haji Mohd Tahir, bagi wakil IMechE BruG.

    Turut menyaksikan penandatanganan tersebut bagi pihak PB ialah Ketua Sekolah Sains dan Kejuruteraan PB, Haji Mohammad Reizal bin Mohammad Ali dan Setiausaha Kehormat IMechE BruG, Ir Haji Abdul Rahman bin Haji Modin bagi mewakili pihak IMechE BruG.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Haji Jaafar bin Haji Johari dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada pemangku pengarah PB dan ucapan daripada pengerusi kehormat IMechE BruG.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil rasmi IMechE Student Chapter-PB secara maya oleh pengerusi kehormat IMechE BruG kepada pemangku pengarah PB.

    Objektif utama penandatanganan MoU adalah bagi menubuhkan, mempromosikan dan membangunkan kerjasama di antara kedua belah pihak dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

    Melalui MoU tersebut, kedua-dua belah pihak telah bersetuju menubuhkan IMechE PB Student Chapter-PB iaitu satu persatuan khusus bagi pelajar-pelajar PB untuk mempelajari dan membangun kemahiran kepimpinan, mengadakan rangkaian dan peluang mentoring secara profesional.

    Di samping itu, melalui MoU itu, pelajar-pelajar PB adalah digalakkan untuk menjadi ahli kepada IMechE.

    Pemangku pengarah PB dan pengerusi kehormat IMechE BruG selepas menandatangani MoU yang diadakan secara maya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...