Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    PBB: 2023-2027 diramal tempoh paling panas

    GENEVA, 17 MEI – Tahun 2023-2027 akan menjadi tempoh lima tahun yang hampir pasti paling panas pernah direkodkan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran hari ini apabila gas rumah hijau dan El Nino bergabung mendorong peningkatan suhu.

    Suhu global tidak lama lagi akan melebihi sasaran yang ditetapkan dalam perjanjian Iklim Paris, dengan peluang satu daripada lima tahun berkenaan akan mencecah suhu melampau, kata Pertubuhan Meteorologi Sedunia PBB.

    Lapan tahun terpanas pernah direkodkan adalah antara 2015 dan 2022 – tetapi suhu diramalkan akan terus meningkat apabila perubahan iklim berlaku lebih cepat.

    “Terdapat 98 peratus kemungkinan sekurang-kurangnya satu daripada lima tahun akan datang, dan tempoh lima tahun secara keseluruhan, akan menjadi yang paling panas dalam rekod,” kata WMO.

    Perjanjian Paris 2015 menyaksikan negara-negara bersetuju untuk mengehadkan pemanasan global ‘di bawah’ dua darjah Celsius melebihi paras purata yang diukur antara 1850 dan 1900 – dan 1.5C jika boleh.

    WMO berkata terdapat 66 peratus kemungkinan suhu permukaan global tahunan akan melebihi 1.5C di atas paras praindustri untuk sekurang-kurangnya satu dalam tahun 2023-2027, dengan julat 1.1C hingga 1.8C diramalkan untuk setiap lima tahun tersebut.

    “El Nino yang memanas dijangka berlaku dalam beberapa bulan akan datang dan ini akan digabungkan dengan perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia yang akan mendorong suhu global mencecah tahap yang belum pernah dilihat.

    “Ini akan memberi kesan yang meluas terhadap kesihatan, keselamatan makanan, pengurusan air dan alam sekitar. Kita perlu bersedia.” – AFP

    Setiausaha Agung WMO, Petteri Taalas bercakap mengenai Pengemaskinian Iklim Global bersama ramalan untuk 2023-2027, semasa siding media di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Geneva kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...