PBB: 600,000 Rohingya ‘berdepan risiko genosid’

YANGON, 16 SEPT – Etnik Rohingya yang tinggal di Myanmar masih berdepan ‘risiko serius genosid’, kata penyiasat PBB hari ini, memberi amaran repatriasi jutaan orang yang sudah pun keluar dari negara itu oleh tentera kekal ‘mustahil’.

Misi pencarian fakta ke Myanmar yang ditubuhkan oleh Majlis Hak Asasi Kemanusiaan, tahun lalu mengecam operasi tentera pada 2017 sebagai ‘genosid’ dan menggesa bagi pendakwaan jeneral-jeneral tertinggi, termasuk ketua tentera Min Aung Hlaing. Kira-kira 740,000 Rohingya lari dari kampung-kampung terbakar, membawa kisah pembunuhan, pemerkosaan dan penyeksaan hingga ke sempadan kem pelarian di Bangladesh, di mana mangsa terselamat daripada gelombang seksaan sebelumnya sudah pun menderita.

Namun dalam laporan lain, pasukan PBB berkata 600,000 etnik itu masih lagi berada di Rakhine, Myanmar dalam keadaan teruk dan ‘amat dikesali’. – AFP