Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    PBB: Banyak bukti jenayah dikesan di Myanmar

    GENEVA, 9 OGOS – Penyiasat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengesan banyak bukti jenayah yang berlaku di Myanmar, termasuklah sejak rampasan kuasa oleh junta tahun lalu.

    Badan Mekanisme Penyiasatan Bebas untuk Myanmar (IIMM) berkata, pihaknya telah mengumpul pelbagai bukti pelanggaran dan elemen jenayah antarabangsa yang serius.

    “IIMM mengumpul banyak maklumat termasuk rakaman video, gambar dan dokumen berpotensi wujud unsur jenayah terhadap kemanusiaan dan berlaku jenayah perang di seluruh Myanmar oleh ramai individu sejak Februari 2021,” menurut laporan badan itu.

    Tentera Myanmar merampas kuasa pada 1 Februari tahun lalu, menyingkirkan kerajaan awam dan menahan pemimpinnya, Aung San Suu Kyi. Sejak rampasan itu, junta melancarkan tindakan tegas terhadap pihak yang menentang mereka.

    “Pelaku jenayah ini perlu tahu bahawa mereka tidak boleh terus bertindak tanpa sebarang hukuman.

    “Kami sedang mengumpul dan menyimpan bahan bukti supaya mereka boleh dihadapkan ke mahkamah segera,” menurut kenyataan dikeluarkan Ketua IIMM, Nicholas Kounjian. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...