PBB benarkan pegawai Korea U ke Vietnam

NEW YORK, 21 Feb – Jawatankuasa sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju untuk membenarkan delegasi pemimpin Korea Utara untuk berlepas ke Vietnam untuk mesyuarat sidang kemuncak bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menurut diplomat kelmarin.

Vietnam memohon kepada jawatankuasa tersebut untuk membenarkan bagi pengecualian para pegawai kanan Korea Utara yang disenaraihitam dalam sekatan PBB dan membolehkan mereka menghadiri sidang kemuncak yang berlangsung pada 27 dan 28 Februari nanti di Hanoi.

Sementara itu, sekatan tersebut meliputi larangan keluar negara yang melarang kerajaan untuk memberikan visa untuk ke negara mereka.

Diplomat PBB berkata Vietnam memohon pengecualian untuk para pegawai Korea Utara dan tidak ada penolakan daripada 15 anggota Majlis Keselamatan.

Jawatankuasa itu juga membenarkan pengecualian bagi membenarkan delegasi tersebut menghadiri sidang kemuncak Korea Utara-AS di Singapura pada Jun tahun lalu.

Trump dan Kim dijangka akan mengadakan pertemuan di Hanoi minggu depan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam menghapuskan program peluru berpandu balistik dan nuklear Korea Utara.

Di Washington, Trump berkata Kim perlu mempamerkan isyarat yang bermakna dalam pembasmian nuklear jika beliau mahu sekatan PBB dilonggarkan. – AFP