Saturday, December 7, 2024
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB berhimpun kali ke-6 bincang situasi Gaza

    NEW YORK, 7 NOV – Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkumpul dalam sesi tertutup kelmarin untuk membincangkan situasi di Gaza.

    Majlis itu bersidang untuk sesi tergempar kali keenam sejak 7 Oktober atas permintaan Emiriah Arab Bersatu dan China, lapor agensi Anadolu.

    Majlis terdiri 15 orang anggota itu dijangka menerima taklimat daripada Setiausaha Agung PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan Martin Griffiths serta Koordinator Khas PBB untuk Keamanan di Asia Barat Tor Wennesland.

    Sebelum sesi itu, wakil tetap Gabon ke PBB. Michel Xavier Biang membuat kenyataan kepada media mengenai ketidakupayaan Majlis Keselamatan untuk mencapai persetujuan.

    Biang berkata persaingan antara kuasa besar merupakan satu daripada masalah paling asas selain ketidakupayaan untuk mencapai kata sepakat.

    Beliau menekankan bahawa Gabon menyokong gencatan senjata kemanusiaan segera.

    Bulan lepas, empat buah draf resolusi berbeza mengenai Gaza ditolak Majlis Keselamatan.

    Sekurang-kurangnya 10,022 orang rakyat Palestin, termasuk 4,104 orang kanak-kanak dan 2,641 orang wanita terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza.

    Tentera Israel turut membunuh seramai 159 penduduk Palestin selain mencederakan 2, 250 lagi dalam tempoh sama di Tebing Barat. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda