Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB beri amaran ‘bencana kemanusiaan’ di Afghanistan

    NEW YORK, 1 SEPT – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, semalam memberi amaran berhubung krisis kemanusiaan di Afghanistan dan menggesa negara menyumbang dana kecemasan susulan pengunduran pasukan tentera Amerika Syarikat (AS).

    Guterres menunjukkan keprihatinannya terhadap krisis kemanusiaan dan ekonomi yang semakin serius di negara itu dan turut menambah, perkhidmatan asas mungkin akan turut tersekat sepenuhnya.

    “Pada ketika ini, kanak-kanak, wanita dan lelaki memerlukan sokongan dan so-lidariti daripada komuniti antarabangsa.

    “Saya menggesa semua negara membantu penduduk Afghanistan yang ketika ini amat memerlukan sokongan,” katanya dalam satu kenyataan bagi merayu bantuan kewangan disumbangkan kepada penduduk negara itu.

    Guterres turut mengumumkan PBB akan mengeluarkan butiran rayuan kilat itu pada minggu depan.

    Maklumat itu akan memperincikan bantuan kemanusiaan yang amat terdesak, selain keperluan pembiayaan dalam tempoh empat bulan lagi.

    Guterres menambah Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan PBB, Martin Griffiths, akan menyelaraskan keseluruhan sistem organisasi itu bagi tujuan rayuan kemanusiaan berkenaan.

    Menurutnya, hampir separuh daripada populasi Afghanistan iaitu 18 juta orang, memerlukan bantuan kemanusiaan segera untuk meneruskan hidup. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Antonio Guterres mengadakan sidang media dengan Presiden Suruhanjaya Eropah sebelum mesyuarat di ibu pejabat EU di Brussels. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda