Friday, June 2, 2023
27.4 C
Brunei

    -

    PBB beri amaran tentang iklim

    BERLIN. 20 MAC – Satu laporan utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang akan dikeluarkan hari ini dijangka dapat memberi kesedaran bahawa masa semakin suntuk jika manusia mahu menghindari tahap pemanasan global yang berbahaya.

    Laporan daripada beratus-ratus saintis dunia merupakan siri terakhir yang merangkumkan penyelidikan mengenai pemanasan global yang dikumpulkan sejak perjanjian iklim Paris pada tahun 2015.

    Pada awal pertemuan, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memperingatkan wakil-wakil bahawa planet ini ‘hampir sampai ke titik berbahaya’ dan mereka berisiko melepaskan had piawaian antarabangsa 1.5 darjah Celsius pemanasan global sejak zaman pra-industri.

    Kerajaan-kerajaan bersetuju hampir lapan tahun yang lalu di Paris untuk mencuba mengehadkan kenaikan suhu kepada 1.5C atau sekurang-kurangnya mengekalkannya di bawah 2C.

    Sejak itu, saintis mendakwa sebarang pemanasan melebihi had akan menempatkan manusia pada risiko yang sangat besar.

    Suhu purata global telah meningkat sebanyak 1.1 darjah Celsius sejak abad ke-19, tetapi Guterres menegaskan minggu lalu bahawa had sasaran 1.5C masih mungkin dicapai dengan penurunan pelepasan gas rumah hijau yang cepat dan mendalam di semua sektor ekonomi global.

    Laporan hari ini muncul selepas IPCC menjelaskan dua tahun yang lalu bahawa perubahan iklim jelas disebabkan oleh aktiviti manusia dan memperhalusi ramalannya untuk pelbagai senario yang mungkin bergantung pada berapa banyak gas rumah hijau yang terus dilepaskan. – AP

    Gambar fail pada 6 Mac menunjukkan industri kilang penapisan BP dan loji janakuasa arang batu Uniper dilihat di Gelsenkirchen, Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun, AS sahkan kerjasama, tentang pelancaran satelit Korea Utara

    TOKYO, 2 JUN - Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin mengesahkan kelmarin bahawa kedua-dua negara akan bekerjasama menentang pelancaran...
    - Advertisment -