PBB bincang isu di Gaza

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), Amerika Syarikat (AS), 13 Jun – Perhimpunan Agung PBB hari ini mengundi untuk mengutuk Israel bagi kematian-kematian yang berlaku ke atas rakyat Palestin di Gaza dalam resolusi yang ditentang oleh AS, yang mahukan Hamas untuk menghadapi kutukan.

Duta besar AS, Nikki Haley menyelar langkah yang disokong Arab sebagai ‘tidak seimbang dari segi fundamental’ kerana kegagalannya untuk menyebutkan Hamas dan mencadangkan pindaan yang menyelar kumpulan militan Palestin itu.

“Sebarang resolusi memberikan fokus ke atas perlindungan orang-orang awam di Semenanjung Gaza perlu untuk melihat ketidakstabilan dan tindakan tidak hirau Hamas, yang membahayakan jiwa dan kehidupan rakyat awam yang tidak berdosa,” tulis Haley dalam surat yang dihantar kepada duta besar menjelang undian di perjumpaan tersebut.

Sekurang-kurangnya 129 rakyat Palestin dibunuh oleh serangan Israel ketika bantahan berhampiran sempadan Gaza yang bermula pada akhir Mac lalu.

Teks yang didrafkan oleh Arab itu menyelar penggunaan ‘berlebihan, tidak seimbang dan kuasa sembarangan’ Israel ke atas penduduk awam Palestin dan meminta bagi langkah perlindungan bagi rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki.

Perhimpunan 193 buah negara itu akan mengundi terlebih dahulu ke atas pindaan yang didrafkan oleh AS yang membidas Hamas bagi ‘penghasutan keganasan’ di sepanjang sempadan Gaza sebelum undian ke atas resolusi itu.

Diplomat-diplomat menjangka pindaan AS akan menemui kegagalan dan resolusi yang disokong AS akan digunakan, tetapi ia masih tidak jelas berapa banyak undian akan diperoleh dalam menghadapi bantahan kuat terhadap AS.

Negara-negara Arab menyokong langkah itu menuju Perhimpunan Agung selepas AS menggunakan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan PBB untuk menghalang resolusi pada 1 Jun lalu.

Teks tersebut diserahkan oleh Algeria dan Turki bagi pihak Liga Arab dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Perhimpunan Agung kali terakhir mengadakan undian yang sama ke atas konflik Israel-Palestin pada Disember lalu, apabila menolak keputusan Presiden Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan pemindahan duta AS ke sana. – AFP