Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    PBB debat kuasa veto majlis keselamatan

    NEW YORK, 21 APRIL – Liechtenstein bersedia mengemukakan draf resolusi pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dianggotai 193 ahli yang memerlukan mana-mana lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang memiliki kuasa veto untuk mewajarkan penggunaannya, lapor Agensi Anadolu.

    Hak veto anggota tetap telah lama dibincangkan, bagaimanapun, isu itu kini menjadi perhatian sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan ke atas Ukraine hingga mengakibatkan ribuan orang terkorban.

    Majlis itu dilihat tidak dapat menjalankan fungsinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila ada di antara ahlinya, menggunakan kuasa veto untuk kepentingan sendiri.

    Resolusi itu mungkin diundi pada 26 April.

    Jika diterima pakai, Perhimpunan Agung akan bersidang dalam tempoh 10 hari sekiranya ahli majlis tetap menggunakan kuasa veto terhadap sebarang resolusi, membahaskan isu yang diveto dan meminta negara itu mempertahankan tindakannya.

    Resolusi itu ditaja bersama 57 negara termasuk Amerika Syarikat (AS)dan Turki.

    “Apabila Ahli Tetap menggunakan kuasa veto, ahli itu harus bersedia menjelaskan mengapa resolusi yang dipertikaikan tidak menjamin keamanan dan keselamatan antarabangsa,” kata wakil tetap AS ke PBB Linda Thomas-Greenfield dalam satu kenyataan minggu lalu.

    “Kami amat bimbang dengan tindakan Rusia menyalahgunakan keistimewaan vetonya sejak dua dekad lalu,” tambahnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...