Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB desak bagi keamanan

    BOGOTA, 14 Jan – Setiausaha Agung PBB memberitahu rakyat Colombia bahawa tidak ada alasan terhadap keganasan bersenjata berikutan serangan terbaru oleh kumpulan pemberontak terakhir yang masih ada setelah tamatnya gencatan senjata sementara.

    Semasa ucapan yang disiarkan melalui televisyen semalam, Gutteres berkata bahawa keamanan adalah satu-satunya jawapan kepada masalah yang mendalam seperti kemiskinan dan ketidakadilan.

    Ketua PBB itu berada di Colombia bagi lawatan selama dua hari yang bertujuan untuk menyokong inisiatif perdamaian negara itu.

    Colombia telah mencapai perjanjian keamanan bersejarah pada 2016 bersama kumpulan gerila yang terbesar untuk mengakhiri konflik paling lama di negara Amerika Latin itu.

    Rundingan damai bersama pemberontak dari Tentera Pembebasan Nasional yang lebih kecil mengalami kemunduran minggu ini apabila kumpulan gerila itu terlibat dengan serangan terbaru selepas tamatnya tempoh gencatan senjata sementara mengakibatkan seorang askar terbunuh manakala dua orang lagi tercedera. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda