KABUL, 4 FEB – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meminta Taliban untuk memberikan maklumat mengenai dua orang aktivis yang didakwa ditahan oleh kumpulan itu minggu ini – menjadikan jumlah aktivis yang hilang kepada empat orang di Afghanistan tahun ini.
Sejak kembali berkuasa pada Ogos, Taliban membuat tindakan keras terhadap pembantah secara paksa meleraikan perhimpunan wanita, menahan pengkritik dan memukul jurnalis tempatan kerana melindungi pembantah.
Misi Bantuan PBB (UNAMA) lewat kelmarin berkata ia telah meminta ‘makluman segera’ mengenai laporan penahanan dua lagi aktivis wanita oleh Taliban di ibu kota Kabul minggu ini.
“PBB berulang kali menggesa untuk semua aktivis wanita dan ahli keluarga yang ‘hilang’ supaya dilepaskan,” menurut UNAMA melalui Twitter.
Perwakilan khas Amerika Syarikat (AS) ke Afghanistan, Rina Amiri turut menyeru Taliban untuk menghormati hak asasi wanita. – AFP