Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    PBB disaran cari cara pastikan Israel patuhi undang-undang antarabangsa

    GENEVA, 14 JUN – Masyarakat global mesti segera meneroka cara baharu bagi memastikan pematuhan Israel terhadap undang-undang antarabangsa, menurut Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Wilayah Palestin yang diduduki kelmarin.

    Bekas pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB, Navi Pillay, berkata demikian ketika membentangkan laporan pertama suruhanjaya itu mengenai wilayah Palestin yang dicerobohi dan Israel kepada Majlis Hak Asasi Manusia, lapor agensi Anadolu.

    “Kami menegaskan bahawa pendudukan berterusan wilayah Palestin, termasuk Baitulmaqdis Timur dan Gaza, sekatan 15 tahun ke atas Gaza, dan diskriminasi yang berpanjangan dalam Israel semuanya berkait dan tidak boleh dilihat secara berasingan.

    “Memandangkan Israel jelas menolak untuk mengambil langkah konkrit bagi melaksanakan penemuan dan cadangan oleh suruhanjaya sebelum ini, masyarakat antarabangsa mesti segera mencari cara baharu bagi memastikan pematuhan undang-undang antarabangsa,” katanya.

    Bekas pakar perundangan Afrika Selatan itu juga berkata, masyarakat antarabangsa telah gagal mengambil langkah berkesan bagi memastikan Israel mematuhi undang-undang antarabangsa serta menamatkan pencerobohan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...