Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB : finland kekal negara paling gembira

    HELSINKI, 20 MAC – Sorakan kegembiraan mungkin kurang kelihatan ketika ini ketika dunia sedang berjuang pandemik global, tetapi pakar di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini mengumumkan Finland sebagai negara paling gembira di dunia bagi tiga tahun berturut-turut.

    Penyelidik bagi Laporan Kegembiraan Dunia bertanya kepada 156 buah negara untuk menilai tahap kegembiraan mereka, dan ia mengambil kira beberapa langkah seperti KDNK, sokongan sosial, kebebasan peribadi dan tahap rasuah untuk memberi setiap negara markah kegembiraan.

    Dalam setiap tujuh laporan sebelumnya, negara-negara Nordik mendominasi 10 teratas, berserta negara-negara seperti Switzerland, New Zealand dan Austria.

    Lumxembourg berada di tempat ke-10 buat kali pertama tahun ini. Negara-negara yang paling gembira adalah mereka ‘di mana orang merasa ada rasa kepunyaan, di mana mereka percaya dan bergembira sesama mereka dan institusi yang dikongsi mereka,” kata John Helliwell, salah seorang penulis laporan.

    “Terdapat juga kedayatahanan, kerana berkongsi kepercayaan mengurangkan beban kesusahan, sekaligus mengurangkan ketidaksamaan kesejahteraan.”

    Manakala, negara-negara yang berada di ranking bawah tahun ini adalah negara yang dilanda konflik keganasan dan kemiskinan melampau, dengan Zimbabwe, Selatan Sudan dan Afganistan tergolong sebagai negara paling tidak gembira.

    Penduduk Finland menikmati kualiti hidup yang tinggi, keselamatan dan perkhidmatan awam, dan kadar ketidaksamarataan dan kemiskinan antara yang terendah di seluruh ne-gara OECD.

    Data Laporan Kegembiraan Dunia tahun ini diambil pada tahun 2018 dan 2019, dan ia tidak memberi impak ke atas sekatan penularan yang dilakukan oleh kebanyakan negara untuk menghentikan penularan koronavirus.

    Tetapi, penulis laporan menjangkakan kondisi perintah berkurung di kebanyakan negara kini hidup di bawah kebarangkalian, paradoks, memacu kegembiraan di masa hadapan.

    Di seluruh Eropah, orang berada dalam pengasingan akan keluar ke beranda untuk memberi galakan kepada pekerja kesihatan yang terus menerus memberikan penjagaan sepanjang krisis koronavirus dan kejiranan menolong skim untuk menghantar keperluan penting kepada orang yang tidak mempunyai tempat tinggal.

    Tetapi penulis laporan memberi amaran bahawa di mana negara yang mempunyai sosial fabrik yang tidak kuat, ‘dan ketakutan, kekecewaan dan marah menambah kos kegembiraan bencana.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda