Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    PBB gesa COP27 segera capai konsensus tindakan iklim

    SHARM EL-SHEIKH, MESIR, 18 NOV – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres semalam menyeru negara-negara untuk mengambil langkah mengatasi perubahan iklim dan bukannya saling ‘menuding jari’.

    Beliau membuat kenyataan itu semasa taklimat akhbar pada Persidangan Pihak-pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim ke-27 (COP27) yang berlangsung di Sharm El-Sheikh, Mesir, lapor Xinhua.

    Guterres berkata COP27 bakal berakhir dalam masa 24 jam tetapi jelas terdapat ‘perpecahan’ antara Utara dan Selatan.

    Beliau berkata sekarang bukanlah masa untuk saling menuding jari, permainan menyalahkan antara satu sama lain hanya akan menjadi ramuan utama ke arah lebih banyak lagi kemusnahan.  

    Mengulas mengenai langkah pencegahan iklim, Guterres menggesa semua pihak bertindak dalam tiga bidang kritikal – tindak balas terhadap kerugian dan kerosakan, merapatkan jurang pelepasan dan menyalurkan bantuan kewangan.

    Setiausaha Agung PBB itu juga meminta negara maju menunaikan ikrar mereka menyediakan AS$100 bilion setahun untuk negara membangun dan menetapkan pelan hala tuju yang berkesan bagi menggandakan bantuan kewangan mengikut kesesuaian. 

    Beliau berkata negara maju ‘mesti’ memberikan sokongan diperlukan negara membangun untuk membangunkan tenaga boleh diperbaharui dan meningkatkan daya tahan iklim. – Bernama

    Antonio Guterres bercakap pada sidang media semasa sidang kemuncak ASEAN di Phnom Penh pada 12 November 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...