Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    PBB gesa Dominican buka sempadan Haiti

    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, AMERIKA SYARIKAT, 19 SEPT – Seorang pegawai tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin menggesa pihak berkuasa Republik Dominican untuk membuka semula sempadan dengan Haiti dan menggunakan diplomasi untuk menyelesaikan pertikaian berhubung sungai yang dikongsi.

    Republik Dominican mengumumkan penutupan sempadan pada Khamis lalu sebagai tindak balas terhadap rancangan Haiti untuk membina terusan di Sungai Massacre, dengan alasan ia melanggar beberapa perjanjian sempadan antara kedua-dua negara, yang berkongsi pulau Hispaniola.

    William O’Neill, pegawai tertinggi PBB bagi hak asasi manusia di Haiti, menyatakan sempadan perlu dibuka semula.

    “Saya menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan semula keputusannya yang akan memberi kesan serius kepada penduduk di kedua-dua belah sempadan,” kata O’Neill di Geneva.

    Beliau menambah bahawa banyak perniagaan di Republik Dominican bergantung kepada perdagangan dengan Haiti dan memerlukan pekerja-pekerja Haiti.

    Kesan penutupan sempadan akan lebih teruk bagi Haiti yang mengimport sebahagian besar makanan dan bekalan perubatan dari negara jirannya, menurut O’Neill.

    “Pengarah-pengarah klinik perubatan di Haiti telah memberitahu saya bahawa mereka tidak akan dapat merawat pesakit-pesakit mereka jika akses ke Republik Dominican terputus,” kata O’Neill. “Nyawa terancam,” ujarnya.

    Presiden Republik Dominican, Luis Abinader, mengulangi pada Ahad lalu bahawa sempadan darat, udara dan laut dengan Haiti akan terus ditutup sehingga projek terusan dihentikan. – AFP

     Rakyat Haiti berharap untuk kembali ke negara mereka dan beratur di pos sempadan di Dajabon, Republik Dominican, pada 18 September. – AFP

    (Klik di sini untuk berita lanjut)

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Iran ketatkan kawalan ke atas sekolah antarabangsa

    TEHRAN, 4 OKT - Ia merupakan permulaan penggal baharu di Iran tetapi tahun ini ia menyayat hati bagi pelajar di sekolah antarabangsa selepas keputusan...