PBB gesa gencatan senjata Israel, Hamas dihormati

NEW YORK, 17 JUN – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa semua pihak menghormati gencatan senjata yang sudah dipersetujui antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas pada 20 Mei lalu.

Jurucakap kepada Guterres pada sidang media berkata, Setiausaha Agung PBB itu prihatin terhadap kekerasan yang meningkat di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Xinhua.

Haq berkata Gutteres juga mahu melihat permusuhan dapat dihentikan dan memberi ruang kepada pihak yang terbabit melakukan pelbagai usaha bagi menstabilkan keadaan.

Menurut kenyataan jurucakap tentera Israel semalam, pihaknya melakukan serangan udara pertama di Semenanjung Gaza sejak gencatan senjata berlaku pada Mei lalu.

Dalam serangan itu, jet pejuang tentera Zionis menyerang kawasan tentera milik Hamas di bandar Khan Yunis di selatan Gaza. Kenyataan itu turut menuduh Hamas perlu bertanggungjawab terhadap semua yang berlaku di Gaza dan memberi amaran akan menanggung akibatnya.

Ratusan penduduk Yahudi menyertai perarakan ‘March Flags’ di bandar lama Baitulmaqdis semalam, sambil mengibarkan bendera Israel dan melaungkan kenyataan anti-Arab sehingga mendapat bantahan daripada pemimpin dan penduduk Palestin.

Berikutan itu, kumpulan pejuang Hamas di Gaza bertindak balas dengan melancarkan bola api hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 13 kebakaran di selatan Israel. – AFP