PBB gesa Kemboja bebaskan remaja autistik

PHNOM PENH, 2 SEPT – Seorang remaja lelaki autistik yang ditahan selama dua bulan di Kemboja atas mesej-mesej yang dihantarnya pada Telegram dikatakan menghina pegawai-pegawai patut dibebaskan segera, pakar-pakar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata, hari ini.

Kak Sovann Chhay, 16, anak kepada dua tokoh pembangkang, telah ditahan pada lewat Jun dan berdepan dua tahun penjara jika sabit kesalahan. Pelapor khas terhadap situasi hak asasi manusia di Kemboja, Vitit Muntarbhorn dan tiga lagi pakar PBB berkata bahawa remaja itu telah disoal siasat tanpa peguam atau penjaga.

“Kami merayu kepada kerajaan Kemboja untuk membebaskan anak ini dan untuk memastikan hak asasinya di-lindungi,” kata Muntarbhorn.

“Kanak-kanak dengan ketakupayaan yang dituduh melanggar undang-undang patut diperlakukan selaras dengan demi kebaikan kanak-kanak itu, dan setiap usaha patut dibuat untuk mengelakkannya daripada dipenjara,” tambahnya. – AFP