Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    PBB gesa S’pura batal hukuman gantung

    GENEVA, 15 FEB – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini menggesa Singapura membatalkan hukuman gantung yang bakal dilaksanakan ke atas dua lelaki yang didakwa atas dadah – dan menamatkan penggunaan hukuman mati sama sekali.

    Pejabat hak asasi kemanusiaan PBB menyuarakan kekhuatiran itu ke atas kes Pausi Jefridin dan Roslan Bakar yang kedua-duanya diberkas dalam 2008 dan disabitkan kesalahan dua tahun kemudian atas tuduhan menyeludup dadah.

    Kedua-duanya diletakkan dalam senarai banduan menunggu hukuman mati dalam tempoh 12 tahun dan dimaklumkan hanya minggu lalu bahawa mereka akan dihukum mati seminggu kemudian, pada 16 Februari.

    “Penggunaan hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah tidak bersesuaian dengan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa,” jurucakap wanita pejabat hak asasi PBB, Ravina Shamdasani memberitahu wartawan di Geneva.

    Dia menekankan bahawa hukuman mati hanya dibenarkan di bawah undang-undang antarabangsa bagi ‘jenayah paling serius’ yang boleh ditafsirkan sebagai jenayah membabitkan membunuh secara sengaja.

    Apa yang memburukkan lagi dalam kes tersebut, seorang atau kedua-dua lelaki itu adalah kurang upaya intelek, kata Shamdasani, dengan Jefridin mempunyai skor IQ hanya 67.

    Keluarganya di Malaysia juga sukar melawatnya kerana sekatan COVID-19. Kumpulan hak asasi Malaysia, Lawyers for Liberty mengatakan satu lagi cabaran perundangan dibuat lewat semalam di Singapura dan menggesa negara itu tidak meneruskan hukuman gantung sehinggalah rayuan mereka didengar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...