PARIS, 8 SEPT – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin menggesa peraturan ketat mengenai penggunaan alat AI seperti chatbot, ChatGPT dalam bilik darjah, termasuk mengehadkan penggunaannya kepada kanak-kanak yang lebih tua.
Dalam panduan baharu untuk kerajaan, badan pendidikan PBB, UNESCO, memberi amaran bahawa pihak berkuasa awam tidak bersedia untuk menangani isu-etika dalam penggunaan program ‘generatif’ di sekolah.
anisasi yang berpusat di Paris itu mengatakan bergantung kepada program-program seperti itu berbanding guru manusia boleh memberi kesan terhadap kesejahteraan emosi kanak-kanak dan menjadikan mereka terdedah kepada manipulasi. – Bernama
