Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    PBB: Harga makanan dunia turun enam bulan berturut-turut

    PARIS, 7 OKT – Harga makanan dunia telah turun enam bulan berturut-turut pada bulan September, menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini, ketika ia terus menurun sejak mencecah rekod berikutan serangan Rusia ke atas Ukraine.

    Pertubuhan Makanan dan Pertanian berkata indeks harganya, yang menjejaki perubahan bulanan dalam harga antarabangsa untuk komoditi makanan, mencatat purata 136.3 mata pada September, turun sebanyak 1.1 peratus berbanding Ogos. Bagaimanapun, indeks itu adalah 5.5 peratus lebih tinggi daripada September 2021.

    Penurunan bulanan tersebut didorong oleh ‘kemerosotan mendadak’ dalam harga minyak sayuran, kata agensi PBB dalam satu kenyataan.

    Terdapat juga penurunan sederhana dalam harga gula, daging dan produk tenusu.

    Penurunan tersebut telah mengimbangi pemulihan semula dalam harga bijirin. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...