PBB: Jangan hantar pulang secara paksa

GENEVA, 17 OGOS – PBB hari ini menyeru negara-negara lain menghentikan sebarang pemulangan secara paksa ke atas warga Afghanistan ke negara mereka yang bergolak, berikutan pengambilalihan tentera Taliban yang mencetuskan panik di Kabul.

Agensi pelarian PBB berkata bahawa mereka telah mengeluarkan ‘nasihat tanpa pemulangan’ ke Afghanistan dan menegaskan tidak ada warga Afghanistan yang harus dipaksa untuk pulang, termasuk pencari suaka.

“UNHCR meminta negara-negara untuk menghentikan menghantar pulang warga Afghanistan secara paksa yang sebelumnya telah ditentukan tidak memerlukan perlindungan antarabangsa,” kata jurucakap agensi, Shabia Mantoo kepada wartawan di Geneva.

Dia mengalu-alukan kenyataan negara Eropah tidak akan menghantar pulang warga Afghanistan dan berharap negara lain mengikutinya. – AFP