PBB kecam Thailand hantar balik pelarian ketiga Kemboja

BANGKOK, 23 NOV – Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengecam Thailand kerana mengusir pelarian Kemboja yang ketiga dalam masa dua minggu, selepas bekas ahli politik wanita dihantar balik ke penjara Phnom Penh.

Thavry Lanh, yang mewakili parti pembangkang Kemboja yang telah dibubarkan di peringkat kerajaan daerah dan merupakan pengkritik lantang kerajaan Perdana Menteri Hun Sen, telah melarikan diri ke Thailand lebih empat tahun yang lalu.

Pegawai-pegawai imigresen Thailand telah menahannya pada Jumaat di pekan sempandan timur dan dihantar balik ke Kemboja pada hari berikutnya.

Pegawai kanan di Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), Gillian Triggs berkata bahawa langkah itu melanggar prinsip non-refoulement, di mana negara-negara ditegah daripada menghantar orang balik ke tempat di mana nyawa atau kebebasan mereka terancam.

Penghantaran balik Thavry Lanh berlaku 10 hari selepas dua pelarian berdafar UNCHR Kemboja dihantar ke seberang sempadan, agensi itu berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

UNCHR cuba campur tangan dalam ketiga-tiga kes berkenaan tetapi kerajaan Thailand meneruskan penghantaran balik itu.

“Kami sangat bimbang dengan trend penghantaran balik pelarian secara paksa ke Kemboja di mana mereka

berdepan risiko penindasan yang serius,” Triggs berkata dalam kenyataan itu, menambah bahawa agensi berkenaan bimbang dengan nasib pelarian berdaftar UNCHR yang lain di Thailand.

Suami Thavry Lanh, Radong Phin berkata bahawa dia sangat takut dengan keselamatan dan kesejahteraan isterinya. Dia ditahan di penjara Prey Sar, Phnom Penh sementara menanti perbicaraan bagi ‘pekhianatan’ tetapi tarikh mahkamah tidak diketahui, ujarnya. – AFP