PERTUBUHAN BANGSA BER-SATU, 13 Okt – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres kecewa dengan keputusan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), lapor agensi berita Xinhua.
“Saya kecewa dengan perkembangan terbaharu itu, memandangkan AS memainkan peranan utama di UNESCO sejak penubuhannya,” kata Guterres dalam satu kenyataan pada Khamis.
AS mengumumkan menarik diri daripada pertubuhan itu berkuatkuasa apada 31 Disember 2018. – Bernama