Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB kenakan sekatan berkaitan Daesh, Al-Qaida

    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 21 Julai – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis sebulat suara menyokong resolusi bagi mengenakan sekatan ke atas dua kumpulan bersenjata, dua syarikat perniagaan serta empat individu yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Daesh dan al-Qaida, lapor agensi berita China Xinhua.

    Dua kumpulan bersenjata iaitu Jund al Aqsa dan Jaysh Khalid ibn al-Waleed masing-masing dikaitkan dengan al-Qaida dan Daesh.

    Sementara dua syarikat pertukaran wang berpangkalan di Syria iaitu Pejabat Pertukaran Wang Hanifa dan Selselat al Thabab juga tersenarai dalam senarai dikenakan sekatan.

    Senarai individu pula ialah Muhammad Bahrum Naim Anggih Tamtomo, Ornaa Rochman, Murad Irakfievich Margoshvili dan Malik Ruslanovich Barkhanoev.

    Sekatan dikenakan termasuk pembekuan aset, larangan perjalanan dan penerimaan bekalan senjata atau bahan lain yang mempunyai kaitan secara langsung atau sebaliknya.

    “Keganasan adalah musuh kepada semua manusia,” kata duta besar China ke PBB merangkap Presiden Majlis Keselamatan bulan Julai, Liu Jieyi.

    “Operasi anti keganasan perlu mematuhi piawaian, memberikan sokongan kepada peranan utama PBB dan Majlis Keselamatan selain mengukuhkan koordinasi berkesan dalam kalangan semua pihak.” tambahnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda