Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    PBB lancar rundingan biodiversiti lindungi alam sekitar

    PARIS, 14 MAC – Rundingan biodiversiti PBB bermula di Geneva hari ini untuk memeterai matlamat perjanjian global bagi melindungi alam sekitar yang dijangka diluluskan tahun ini.

    Hampir 200 buah negara dijangka mengadaptasi rangka kerja global tahun ini untuk melindungi alam sekitar menjelang pertengahan abad akibat kemusnahan berpunca dari manusia, dengan sebanyak 30 peratus dilindungi menjelang tahun 2030.

    “Dunia jelas bersemangat untuk bertindak segera melindungi alam sekitar,” kata Elizabeth Maruma Mrema, Setiausaha Eksekutif dari Konvensyen Kepelbagaian Biologi, dalam siaran media.

    “Dan kami tidak cukup masa. Bersatu kita harus memuktamadkan perjanjian bersejarah ini yang meletakkan kita di laluan kukuh untuk hidup harmoni bersama alam.”

    Rundingan itu yang bermula 14 hingga 29 Mac ini, akan menganjurkan sidang kemuncak biodiversiti CAP 15 PBB, yang pada awalnya hendak diadakan di Kunming, China pada 2020 dan ditangguhkan beberapa kali kerana pandemik koronavirus,

    Mesyuarat Geneva itu akan mengumumkan tarikh baru bagi CAP 15, yang pada masa ini dipilih pada April hingga Mei namun dijangka akan ditangguhkan sekali lagi.

    Menurut beberapa sumber, tarikh baru dijangkakan pada hujung Ogos hingga awal September. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...