TRIPOLI, 1 MEI – Misi PBB di Libya mendesak pihak-pihak yang berperang untuk memulakan rundingan ketenteraan yang diadakan di Geneva pada bulan Januari supaya mencapai gencatan senjata yang berkekalan.
Gesaan itu dibuat setelah kumpulan yang berpangkalan di bahagian Timur, Khalifa Haftar, mengisytiharkan gencatan sepihak, ditolak oleh Kerajaan Perjanjian Nasional yang diiktiraf PPB.
Pasukan pro-Haftar telah bertempur untuk menguasai ibu negara Tripoli dari GNA sejak April 2019.
Dua orang awam telah terbunuh dan dua lagi tercedera hari ini selepas serangan roket di daerah Zenata di Selatan ibu negara itu, kata GNA.
Misi bantuan PBB di Libya (UNSMIL), dalam kenyataan kelmarin, menggesa pihak musuh untuk ‘segera menghentikan semua operasi ketenteraan dan menyambung rundingan Suruhanjaya Tentera 5+5 – secara maya, jika diperlukan’ kerana koronavirus.
Satu suruhanjaya ketenteraan yang terdiri daripada lima setiausaha GNA dan lima perwakilan Haftar mengadakan perbincangan pada Januari tetapi dialog itu ditangguhkan setelah pertemuan kedua pada bulan depan.
Gencatan senjata yang dicapai pada Januari lalu telah dicabul oleh Turki dan Rusia berulang kali berikutan kekacauan yang meletus. – AFP
