PBB: Liga Arab rakan penting

NEW YORK, 14 JUN – Liga Arab adalah rakan penting dalam pelaksanaan strategi anti-keganasan global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata seorang utusan PBB dari China, lapor agensi berita Xinhua.

Wakil Tetap Cina ke PBB, Ma Zhaoxu berkata untuk menggalakkan lagi kerjasama lebih baik dengan Liga Arab, perjuangan menentang keganasan dan mencegah faham pelampau perlu diteruskan.

Ma berkata PBB dan Liga Arab boleh bekerjasama dengan mengukuhkan perkongsian maklumat, pembinaan kapasiti dan tindakan yang diselaraskan, terutamanya ketika berdepan cabaran keganasan di Timur Tengah. – Bernama