Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    PBB: Lindungi kesihatan mental pekerja

    GENEVA, 28 SEPT – Lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk melindungi kesihatan mental di tempat kerja, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini, membentangkan garis panduan baharu mengenai cara-cara mengurangkan tekanan psikologi yang dikaitkan dengan tempat kerja.

    Agensi PBB untuk kesihatan dan pekerjaan menyiarkan dua dokumen yang memuatkan nasihat tentang cara terbaik untuk mengelak dan melindungi risiko kesihatan mental di tempat kerja, mengingatkan tekanan psikologi menelan kos yang tinggi untuk individu dan komuniti.

    Kira-kira 12 bilion hari kerja hilang setiap tahun disebabkan depresi dan kerisauan, menelan kos hampir AS$1 trilion untuk ekonomi dunia, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Pertubuhan Pekerja Antarabangsa.

    “Sudah tiba masanya untuk menumpu pada kesan negatif kerja ke atas kesihatan mental semua,” kata ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan bersama.

    “Kesejahteraan individu merupakan sebab penting untuk semua pihak mengambil tindakan, tetapi kesihatan mental yang lemah juga memberikan kesan teruk ke atas prestasi dan produktiviti seseorang.”

    Agensi kesihatan PBB mengeluarkan amaran pada Jun bahawa hampir satu bilion orang di seluruh dunia hidup dengan gangguan mental sebelum COVID melanda – dan pandemik itu telah memburukkan lagi keadaan tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...