PBB mungkin kehabisan dana – Guterres

NEW YORK, 8 OKT – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kini berdepan defisit AS$230 juta dan berkemungkinan kehabisan dana menjelang akhir Oktober ini, kata Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres hari ini.

Dalam satu surat kepada 37,000 kakitangan sekretariat PBB, Guterres berkata langkah tambahan perlu diambil bagi memastikan gaji dan pelbagai lagi hak pekerja dapat dibayar.

“Negara-negara anggota hanya membayar 70 peratus daripada jumlah yang diperlukan untuk anggaran operasi biasa kami pada 2019,” katanya.

Ini mengakibatkan kami berdepan risiko kekurangan simpanan mudah tunai menjelang akhir bulan ini, katanya.

Untuk menjimatkan kos, Guterres menangguhkan persidangan dan mesyuarat serta mengurangkan perkhidmatan, selain mengehadkan perjalanan rasmi hanya untuk kegiatan penting. Beliau turut mengambil langkah untuk menjimatkan tenaga. – AFP