Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB-pemberontak capai persetujuan

    GENEVA, 17 Sept – Badan bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengatakan ia telah bersepakat dengan pemerintah yang dikendalikan pemberontak di ibu kota Yaman yang dilanda perang bagi memberi laluan udara untuk membawa orang awam yang tercedera untuk menerima rawatan.

    Penyelamatan melalui laluan udara itu akan termasuk mereka yang mengalami masalah kesihatan kronik dan kritikal seperti masalah kanser atau buah pinggang.

    Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan berkata kelmarin, penyelaras Yaman, Lise Grande, menandatangani perjanjian dengan pihak berkuasa Sanaa untuk membenarkan ‘pemindahan perubatan pesakit kritikal, dengan penerbangan udara yang disewa ke kemudahan perubatan yang dilengkapi bagi menjalankan rawatan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda