Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    PBB potong bantuan makanan rakyat Afghanistan

    ISLAMABAD, 5 SEPT – Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memotong bantuan makanan kepada dua juta penduduk Afghanistan akibat kekurangan dana yang besar, menurut organisasi itu menerusi satu kenyataan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang terputus bantuan sokongan WFP pada tahun ini mencecah 10 juta.

    “Dengan sumber sedikit yang kita miliki, kita tidak dapat memenuhi semua orang yang berada di ambang kemiskinan total,” kata Hsiao-Wei Lee, pengarah WFP di Afghanistan.

    Potongan ini bermaksud 1.4 juta ibu yang baharu melahirkan dan hamil serta anak-anak mereka tidak lagi menerima makanan khas yang direka untuk mencegah malnutrisi, menurut agensi itu.

    “Untuk enam bulan yang akan datang, WFP memerlukan AS$1 bilion untuk memenuhi keperluan 21 juta orang dengan bantuan makanan, pemakanan, dan sokongan mata pencarian,” tambah kenyataan itu.

    Afghanistan sedang menghadapi kesan konflik selama 40 tahun, ekonomi yang terjejas, dan kesan krisis iklim.

    WFP menggesa negara penderma untuk memberi keutamaan kepada pembiayaan operasi kemanusiaan di Perhimpunan Agung PBB tahunan yang akan datang di New York. – Bernama

    Wanita Afghanistan beratur untuk mendapatkan bantuan berupa wang tunai yang diagihkan di pusat pengagihan yang diaturkan oleh WFP di Kabul, Afghanistan pada 20 November 2021.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...