PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, AMERIKA SYARIKAT, 16 MAC – 193 ahli Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima pakai resolusi kelmarin menyokong basikal sebagai alat untuk memerangi perubahan iklim.
Resolusi itu, yang dicadangkan oleh Turkmenistan, telah diluluskan sebulat suara dan seperti semua resolusi Perhimpunan Agung adalah tidak mengikat.
Ia menyeru negara anggota untuk “mengintegrasikan basikal ke dalam pengangkutan awam, dalam persekitaran bandar dan luar bandar di negara membangun dan maju.”
Meningkatkan kayuhan melalui keselamatan jalan raya yang dipertingkatkan dan promosi menunggang basikal akan membantu mencapai “pembangunan mampan, termasuk pengurangan pelepasan gas rumah hijau,” menurut resolusi itu.
Lebih khusus lagi, resolusi itu menggalakkan negara anggota untuk “memberi perhatian khusus kepada berbasikal dalam strategi pembangunan silang, termasuk perkhidmatan perkongsian basikal,” serta apabila boleh dalam “dasar dan program pembangunan antarabangsa, serantau, nasional dan subnasional.” – AFP