Thursday, June 8, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    PBB: Rakyat Ukraine daftar sebagai pelarian di Eropah

    GENEVA, 9 JUN – Hampir lima juta rakyat Ukraine telah didaftarkan sebagai pelarian di seluruh Eropah sejak Rusia melancarkan pencerobohannya empat bulan lalu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.

    “Perang Ukraine telah menyebabkan salah satu krisis pelarian manusia terbesar di dunia,” kata agensi pelarian PBB, UNHCR.

    Kemas kini bagi portal data agensi itu mengenai situasi Ukraine, bertujuan untuk menggambarkan dengan lebih baik pergerakan ke dan dari negara yang dilanda perang tersebut, menunjukkan bahawa sejumlah 4,816,923 warga Ukraine telah didaftarkan sebagai pelarian di 44 negara Eropah sejak 24 Februari.

    Lebih ramai yang akan meninggalkan negara itu, dengan data UNHCR menunjukkan lebih 7.3 juta penyeberangan keluar dari Ukraine telah direkodkan pada 7 Jun lalu.

    Sebanyak 2.3 juta lagi penyeberangan didaftarkan kembali ke negara tersebut, menurut data yang ditunjukkan.

    Pegawai PBB juga berkata, beberapa orang telah berulang alik atas pelbagai sebab, termasuk melawat keluarga, memeriksa harta benda mereka, membantu orang lain melarikan diri atau kembali ke pekerjaan mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -