Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB rancang anjur persidangan ikrar bantu Rohingya

    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 17 Okt – Menyifatkan krisis pelarian Rohingya Myanmar sebagai “krisis pelarian paling pesat berkembang di dunia dan kecemasan kemanusiaan yang amat besar”, pemimpin tiga organisasi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin berkata mereka kini berusaha mengumpul dana sebanyak AS$434 juta untuk pelarian terbabit dan negara tuan rumah mereka iaitu Bangladesh, lapor agensi berita China Xinhua.

    Pemimpin terbabit – Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian Filippo Grandi, Penolong Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan Mark Lowcock serta Ketua Pengarah Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi William Lacy Swing – berkata satu persidangan ikrar akan diadakan di Geneva pada 23 Okt. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda