
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 3 Okt – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menyambut baik langkah kerajaan Myanmar mengatur lawatan tiga wakil badan dunia itu ke Rakhine di mana berlakunya insiden pengusiran beramai-ramai etnik Rohingya yang telah mencetus kebimbangan masyarakat antarabangsa, lapor agensi berita China Xinhua.
“Ini adalah satu langkah positif dan PBB di Myanmar percaya ia dapat membantu usaha kami untuk mencari jalan bagaimana PBB boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa Myanmar bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung berikutan situasi meruncing di utara Rakhine,” kata Farhan Haq, timbalan jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.
Tiga wakil PBB yang mengambil bahagian dalam lawatan ke lokasi itu ialah penyelaras residen di Myanmar Renata Lok-Dessallien, wakil Program Makanan Dunia merangkap wakil timbalan penyelaras kemanusiaan Domenico Scalpelli dan pegawai kanan Agensi Pelarian PBB Cecile Fradot, kata Haq dalam satu taklimat harian.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn