Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    PBB sekat perjalanan 2 pegawai pendidikan Taliban

    AMERIKA SYARIKAT, 21 JUN – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin menyekat dua orang pegawai Taliban daripada keluar negara sebagai tindak balas terhadap sekatan keras yang dikenakan oleh penyokong Islam terhadap wanita Afghanistan, beritahu diplomat kepada AFP.

    Kekecualian perjalanan yang membenarkan 15 orang pegawai Taliban ke luar negara untuk perbincangan dan rundingan dijangka mansuh pada Isnin hadapan.

    Bagi 13 orang pegawai, pengecualian perjalanan dilanjutkan sekurang-kurangnya dua bulan, tetapi ia dibatalkan untuk dua orang pegawai pendidikan sebagai tindak balas kepada keputusan Taliban untuk mengharamkan pendidikan sekolah menengah perempuan.

    Menurut seorang diplomat yang tidak mahu namanya disiarkan, pegawai yang kini dilarang melakukan perjalanan ialah timbalan menteri pendidikan, Said Ahmad Shaidkhel, dan menteri pengajian tinggi, Abdul Baqi Basir Awal Shah yang juga dikenali sebagai Abdul Baqi Haqqani.

    Sejak rampasan kuasa pada Ogos lalu, Taliban telah menarik balik kemajuan kecil yang dicatat oleh wanita Afghanistan dalam tempoh dua dekad yang lepas, mengehadkan akses mereka kepada pendidikan, pekerjaan kerajaan serta kebebasan untuk merantau.

    Sementara itu, pada bulan Mac, pemimpin tertinggi, Hibatullah Akhundzada telah mengarahkan semua sekolah menengah untuk budak perempuan ditutup, hanya beberapa jam selepas ia dibuka semula buat kali pertama sejak Taliban kembali berkuasa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...