Friday, December 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    PBB seru penuhi ikrar terhadap Afghanistan

    AMMAN, 7 OKT – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru semua penderma segera memenuhi ikrar dan komitmen mereka untuk membantu usaha menyediakan bantuan kemanusiaan di Afghanistan. 

    Setakat ini hanya 35 peratus daripada jumlah bantuan yang dijanjikan sudah diterima, lapor agensi berita Jordan memetik kenyataan Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan kelmarin.

    Agensi itu turut meminta negara anggota membenarkan serta mempermudahkan pergerakan bekalan dan petugas kemanusiaan keluar masuk ke Afghanistan selain memastikan urusan menyalurkan dana kepada pertubuhan bantuan di negara berkenaan berjalan lancar. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda