Saturday, February 4, 2023
23.6 C
Brunei

-

PBB tuduh Australia langgar perjanjian pelarian

SYDNEY, 24 Julai – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini menuduh Australia menarik balik satu perjanjian untuk melonggarkan dasarnya ke atas pencari suaka dan menempatkan beberapa pelarian yang kini ditahan di pusat tahanan luar negara di negara sendiri.

Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR) berkata ia telah bersetuju pada November lalu untuk membantu menempatkan semula orang pelarian ke Amerika Syarikat atas dasar Canberra akan menerima beberapa pelarian yang mempunyai hubungan dengan Australia.

“Kami bersetuju untuk berbuat demikian berdasarkan pemahaman pelarian dengan hubungan kekeluargaan yang rapat di Australia akan dibenarkan menetap di sana,” kata pesuruhjaya Filippo Grandi dalam satu kenyataan.

“UNHCR baru-baru ini telah dihubungi oleh Australia bahawa ia enggan menerima pelarian berkenaan.”

Beliau menambah mereka, bersama orang lain dalam kem di negara jiran Nauru dan Papua New Guinea, telah diberitahu satu-satunya opsyen mereka adalah tinggal di mana mereka berada atau dipindah ke Kemboja atau Amerika Syarikat.

Australia menghantar sesiapa yang cuba memasuki negara dengan bot tanpa visa ke pusat tahanan terpencil di Nauru dan Manus Island di Papua New Guinea. Malah mereka yang didapati merupakan pelarian asli dilarang daripada menetap di Australia.

Jabatan imigresen berkata hari ini tidak adanya perubahan dalam dasar yang dilaksanakan selama ini.

“Dasar kerajaan gabungan adalah jelas dan konsisten: mereka yang dipindah ke pusat pemprosesan serantau tidak akan menetap di Australia,” kata seorang jurucakap. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -