PBB ucap selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam

NEW YORK, 23 APRIL – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh dunia, lapor agensi berita Xinhua.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata pastinya Ramadan kali ini sangat berbeza kerana kebanyakan aktiviti terganggu disebabkan wabak COVID-19. Sementara itu, penduduk di zon konflik sekali lagi akan menyambut Ramadan dalam kancah peperangan dan keadaan yang tidak selamat, katanya.

Pada masa sama Guterres mengulangi gesaannya supaya gencatan senjata global segera diwujudkan, membolehkan usaha ditumpukan untuk memerangi COVID-19. – Bernama