Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    PBB perlu dana AS$1 bilion elak krisis kebuluran

    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 7 SEPT – Ketua kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kelmarin meramalkan bahawa sekurang-kurangnya AS$1 bilion diperlukan segera untuk mengelak krisis kebuluran di Somalia dalam beberapa bulan akan datang dan awal tahun depan apabila dua lagi musim kemarau dijangka memburukkan keadaan di negara Afrika itu.

    Martin Griffiths berkata dalam satu taklimat video dari ibu negara Somalia, Mogadishu bahawa laporan baharu daripada panel pakar bebas mengatakan akan berlaku kebuluran di Somalia antara Oktober dan Disember depan jika tidak ada usaha menghentikannya seperti yang berlaku pada tahun 2016 dan 2017.

    Timbalan setiausaha agung hal ehwal kemanusiaan memberitahu wartawan PBB bahawa lebih dari AS$1 bilion dana baharu diperlukan sebagai tambahan kepada rayuan PBB berjumlah kira-kira AS$1.4 bilion.

    Rayuan itu telah mendapat sambutan yang baik atas bantuan Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat yang mengumumkan sumbangan AS$476 juta untuk bantuan kemanusiaan dan pembangunan pada bulan Julai lalu.

    Rangkaian Sistem Amaran Awal Kebuluran, yang ditubuh oleh USAID, berkata dalam laporan kelmarin bahawa kebuluran dijangka akan berlaku akhir tahun ini di tiga buah kawasan di wilayah Teluk tenggara Somalia, termasuk Baidoa, jika tiada bantuan kemanusiaan segera diberikan.

    Kira-kira 7.1 juta orang di seluruh Somalia memerlukan bantuan segera untuk merawat dan mencegah penyakit kekurangan zat makanan akut serta mengurangkan jumlah kematian berkaitan kelaparan yang berterusan, menurut analisis oleh Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IFC).

    Rantau Tanduk Afrika telah menyaksikan empat musim tanpa hujan berturut-turut buat kali pertama dalam lebih setengah abad yang telah menjejaskan kira-kira 20 juta orang di salah satu kawasan paling miskin. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...